Sabtu, 3 April 2010

Pendahuluan
Migrasi asing semakin bertambah meningkat. Walaupun migrasi asing ada juga menyumbangkan kebaikan tetapi apabila tidak terkawal membawa kepada pelbagai masalah lain yang berlaku. Kefahaman mengenai senario yang berlaku harus diambil perhatian setiap lapisan masyarakat tidak mengira remaja, kerajaan atau masyarakat lain. Penekanan mesti diambil diambil berat. Dalam penulisan ini, akan membincangkan tentang proses berlaku migrasi itu. Selain itu, turut membincangkan tentang apakah kesan akibat daripada migrasi itu semakin serius berlaku terutamanya di Malaysia sendiri. Tambahan lagi, turut menyatakan bagaimana faktor-faktor yang terlibat membawa kepada berlakunya migrasi asing dan kesan-kesan akibat daripada migrasi asing.

Bagaimana Proses Migrasi Berlaku ?

Kebanjiran migran buruh asing ke Malaysia terutama daripada Indonesia telah berlaku sejak tahun 1980-an dan jumlahnya terus meningkat dengan ketara dan signifikan pada tahun 1990-an (McCall 1991; Hugo 1993). Mengikut kajian aliran penghijrahan penduduk akan meningkat pada masa hadapan sekiranya kuasa menolak dan menarik semakin menekan penduduk sesuatu kawasan segera berpindah (Kliot 1995). Ini membawa maksud sekiranya permasalahan sosoi-ekonomi, politik dan persekitaran semakin teruk maka lebih banyak penduduk akan berpindah keluar daripada kawasan-kawasan yang bermasalah. Ini memberi petunjuk sekiranya masalah kemiskinan dan taraf hidup yang rendah tidak dapat dikurangkan dalam sesebuah negara maka penduduknya akan berpindah keluar dan akan berusaha sedaya upaya memasuki Malaysia misalnya untuk mencari pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik untuk dirinya serta keluarga. Kesediaan Malaysia mengambil pekerja asing bagi menampung kekurangan tenaga manusia telah menimbulkan pelbagai masalah kepada negara dan masyarakat Malaysia. Walau pun begitu menurut laporan The Global Commission on International Migratin pada tahun 2003 migrasi antarabangsa dapat memainkan peranan positif dalam proses pembangunan manusia yang membawa faedah kepada penduduk negara maiskin dan kaya (United Nations 2005). Namun begitu, sekiranya pengambilan pekerja asing dibuat secara tetap sudah pasti ia akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih serius dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara–negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990).
Pembentukan masyarakat seumpaman ini akan menimbulkan lebih banyak lagi masalah social dan budaya yang boleh mengugat keamanan dan kesejahteraan hidup rakayat Malaysia sekarang. Pandangan ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak terlibat kerana penghijrahan pendatang tanpa inzin akan terus meningkat pada masa hadapan (Rystad, 1992). Malaysia harus bersedia menghadapi sebarang tekanan dan perubahan dalam komposis tenaga buruh serta dapat meramalkan beberapa insiden yang dijangka akan berlaku akibat kebanjiran pekerja asing yang ramai di negara ini.
Berlakunya migrasi antarabangsa atau luaran ke sebuah negara menunjukkan bahawa negara tersebut sedang membangun dengan begitu pesat. Namun ia bukanlah satu hal yang dapat dibanggakan oleh negara berkenaan. Kemasukan pendatang asing sememangnya amat diperlukan oleh negara membangun yang dalam proses peralihan pergantungan ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan. Dalam konteks di Malaysia contohnya kedatangan buruh lur yang bermigrasi ke nagara ini pada awalnya banyak dalam sektor pembinaan, pertanian serta perkhidmatan seperti pembantu rumah dan sebagainya.
Malaysia pada awal tahun 1990an, apabila jumlah pendatang meningkat secara luar biasa hingga melebihi satu juta orang, isu ini menjadi hangat dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya pihak kerajaan, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan mereka datang secara haram. Dalam konteks negara Malaysia, kehadiran hampir sebahagian besar tenaga buruh asing tersebut telah menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan negara.
Kemasukan Pekerja Asing (Migran Asing) ke Malaysia

Kemasukan pekerja asing ke dalam ekonomi negara bertambah terutamanya dalam masa dua dekad ini. Dari pertengahan tahun 70an ke pertengahan tahun 90an, saiz pekerja asing bertambah mencecah 1.7 juta (atau 21.25%) daripada keseluruhan jumlah pekerja iaitu 8 juta pada tahun 1997 (Bank Negara Malaysia, 1997). Sebagai contoh, pertumbuhan pekerja asing pada sektor perkilangan, pada dekad 90 an sahaja, pertumbuhan pekerja asing adalah 10 kali ganda (dari 1.78% pada tahun 1988 kepada 16.35% pada tahun 1997). Kemasukan jumlah pekerja asing yang tinggi ke Malaysia adalah berdasarkan keadaan ekonomi negara ini. Pada tahun 1987 hingga 1993 sahaja, 14 juta pekerjaan baru dicipta di Malaysia dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.9% berbanding dengan kadar pertumbuhan pekerja tempatan iaitu sebanyak 3.1% sahaja. Jurang ini, seperti yang dinyatakan oleh World Bank, akan diisi oleh pekerja asing, (World Bank, 1995).

Dengan keadaan kekurangan buruh atau pekerja di Malaysia, juga perbezaan gaji atau upah yang besar di antara pasaran buruh di Malaysia dan di negara asal pendatang, ini sudah cukup untuk menjadi sebagai faktor tarikan pendatang asing masuk ke Malaysia. Majoriti datangnya dari Indonesia, dimana gaji mereka adalah 3 hingga 10 kali lebih rendah dari di Malaysia (World Bank, 1995).


Asia Tenggara menyumbang sebanyak 91.93% daripada jumlah kemasukan pendatang asing ke Malaysia dalam tahun 1992. Di antara negara-negara di Asia Tenggara, Indonesia merupakan penyumbang terbesar iaitu seramai 309,905 orang pekerja ataupun 83.24% daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia. Ini diikuti oleh Thailand iaitu seramai 22,518 orang pekerja (6.05%). Bangladesh pula merupakan negara ketiga terbesar sekaligus penyumbang terbesar dari benua Asia Selatan iaitu sebanyak 5.05% daripada 8.02% keseluruhan benua Asia Selatan. Pada tahun 1992, di dalam sektor pembinaan, Indonesia mendahului dengan sumbangan sebanyak 182,137 orang pekerja. Ini diikuti pula oleh Bangladesh iaitu seramai 16,247 orang pekerja dan Myammar seramai 8,790 orang pekerja. Di sektor perladangan pula, Indonesia menyumbang sebanyak 88,681 orang pekerja dan diikuti oleh Thailand sebanyak 14,029 orang pekerja. Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 1988, 10,242 pekerja asing diambil untuk berkerja di sektor perkilangan (lihat jadual 2). Pada tahun 1990, kadar pertumbuhan pekerja asing adalah ketara iaitu 40.8%, jauh menandingi pertumbuhan pekerja tempatan yang hanya 20.8% sahaja. Hanya sejak pada tahun 1991, sektor
perkilangan telah dibenarkan untuk mengimpot pekerja asing sebagai operator pengeluaran.
Jadual 1: Kadar Pertumbuhan Pekerja Asing, Sektor Perkilangan 1988-1999
Tahun Asing %pertumbuhan Tempatan %pertumbuhan % asing pada tempatan
1988 10,242 585,404 1.78
1989 11,835 15.6 683,213 16.7 1.73
1990 16,660 40.8 925,108 20.8 1.80
1991 21,151 27.0 952,896 15.5 2.22
1992 33,534 58.5 997,752 4.7 3.36
1993 71,822 114.2 975,720 2.2 7.36
1994 108,065 50.5 1,114,032 14.2 9.70
1995 142,330 31.7 1,226,695 10.1 11.60
1996 204,968 44.0 1,227,248 0.0 16.70
1997 196,383 -4.2 1,201,787 -2.1 16.35
1999 179,402 -8.6 1,167,754 -2.8 15.36
sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Faktor-Faktor Migrasi
Dalam era mencapai wawasan 2020, pergantungan kepada buruh asing khususnya dalam bidang pembinaan, perladangan dan perkilangan harus dibendung dengan segera. rakyat Malaysia perlu mencontohi warga asing yang rajin dan tekun bekerja walaupun bukan untuk negara sendiri. Sebenarnya banyak faktor telah memainkan peranan dalam terjadinya proses migrasi ini.
Antara faktor-faktor tersebut adalah:
• Faktor ekonomi
Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang meyumbang kepada berlakunya proses migrasi ini. Kedudukan ekonomi yang mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak sektor-sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan, sekaligus membuka peluang kepada rakyat sesebuah negara termasuk juga golongan pendatang yang datang khususnya untuk mencari rezeki di negara lain.
Peluang pekerjaan juga wujud bagaikan "cendawan selepas hujan" disebabkan ramai rakyat tempatan tidak lagi berminat berkecimpung dalam sektor perladangan dan pembinaan, maka kedatangan penghijrah dari Indonesia, Bangladesh dan lain-lain negara, ini seolah-olah satu rahmat kepada para pengusaha sektor tersebut.
Majoriti rakyat Indonesia berada dalam keadaan yang miskin dan tinggal di desa dan kampung. Pengangguran juga meluas di desa disebabkan kurangnya peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan dan sistem ekonomi setempat. Selain itu majoriti masyarakat desa melakukan kegiatan pertanian. Namun kebanyakan mereka tidak mempunyi tanah. Walaupun ada yang memiliki tanah, tetapi dalam jumlah yang sangat terbatas sehingga hasilnya tidak mencukupi untuk keperluan hidup keluarganya. Keadaan ini terjadi disebabkan tanah-tanah yang ada di desa rata-rata dikuasai oleh tuan tanah besar, petani kaya dan orang kaya desa lainnya. Sehingga sedikit sekali kaum tani yang dapat memanfaatkan tanah bagi kehidupan mereka. Inilah yang menyebabkan kenapa kemiskinan begitu membimbangkan di kawasan desa. Kemiskinan di desa inilah yang menjadi salah satu faktor utama mengapa banyak penduduk desa terutama yang berusia muda melakukan migrasi baik ke kota-kota besar bahkan migrasi antarabangsa ke negeri-negeri lain sebagai cohtoh Malaysia sebagai perkerja asing.
Pada masa pemerintahan Soeharto, laju migrasi internasional meningkat pesat. Semakin banyak orang terutama perempuan dan berasal dari keluarga tani miskin di desa yang menjadi buruh migran di negeri lain seperti Malaysia, Arab Saudi, Kuwait, Singapura, Taiwan, Hongkong, Jepang, Korea dan sebagainya. Para buruh migran mengalami penderitaan dan penindasan semenjak diambil oleh calo, penyalur atau agen, saat berada di penampungan, selama bekerja di luar negeri dan sesampainya kembali di Indonesia. Masih berlakunya ekonomi kolonial di Indonesia telah membuat angkatan kerja yang ada memiliki taraf pendidikan dan kemahiran yang sangat rendah. Dengan keadaan seperti itu, dapat dipastikan bahawa sebahagian besar buruh migran Indonesia hanya mengisi jenis pekerjaan dengan taraf kemahiran rendah dan upah yang sangat murah seperti misalnya pembantu rumah tangga. Pemerintah yang tiada pilihan lain dan tidak mampu meyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh memilih buruh dari negara lain. Pemerintah beranggapan bahawa buruh migran menjadi salah satu jalan penyelesaian masalah kekosongan pekerjaan dan pada saat yang sama bagi peningkatan pendapatan negara.
Kedatangan golongan pendatang ini terbatas kerana kesukaran untuk masuk secara sah ke dalam sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun berbagai kawalan ketat telah dijalankan namun sempadan dan perairan negara mudah dibolosi oleh mereka secara haram. Salah satu sebabnya adalah wujudnya tekong darat dan laut samada dari golongan mereka sendiri ataupun penduduk tempatan yang menjalankan kegiatan ini semata-mata kerana tamakkan wang ringgit.

• Taraf ekonomi yang rendah di negara sendiri.
Bagi negara Malaysia khususnya, kemakmuran ekonomi seringkali dijadikan alasan untuk menjelaskan mengapa negara ini menarik perhatian ramai rakyat Indonesia dan Bangladesh malah termasuk juga negara-negara yang mengalami taraf ekonomi yang gawat.
Sejak berlakunya kegawatan ekonomi di rantau Asia ini yang menyebabkan jatuhnya nilai mata wang negara-negara dunia ketiga, dengan secara tidak langsung harga-harga barangan di pasaran meningkat dengan mendadak, maka ini juga merupakan salah satu faktor migrasi berlaku. Taraf kehidupan semakin tinggi jadi sebagai alternatifnya mereka terpaksa mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga masing-masing, memandangkan taraf ekonomi negara mereka yang rendah maka wujudlah migrasi ke negara-negara yang menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada mereka.
Bilangan penduduk yang ramai dengan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang di negara asal mereka, menyebabkan golongan ini terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu jalan yang paling mudah ialah merebut kesempatan yang ada di negara yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.
Faktor sosiobudaya
Sebenarnya faktor sosiobudaya turut merupakan faktor utama menyebabkan pendatang Indonesia semakin bertambah dari hari ke hari ke negara Malaysia. Bahkan boleh dikatakan faktor ini sama pentingnya dengan faktor ekonomi, menjadi daya tarikan kepada pendatang Indonesia ini.
Faktor persamaan sosiobudaya antara kedua-dua negara akan selamanya didapati menjadi daya tarikan untuk mereka datang ke negara ini. Dengan adanya persamaan ciri-ciri ini proses untuk migran menyesuaikan diri akan berjalan dengan lancar. Keupayaan imigran menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara Malaysia merupakan "pasport" utama, membolehkan mereka mengekalkan dan mempertahankan kedudukan mereka di negara tersebut.
Hubungan kekeluargaan yang ada didapati sering dijadikan sebagai batu loncatan dikalangan pendatang baru untuk berhijrah ke negara ini. Penghijrahan kaum keluarga terdahulu seolah-olah membentuk satu rangkaian yang memudahkan kedatangan penghijrah lain.Tambahan pula terdapat sebilangan pendatang yang telah mendapat taraf penduduk tetap negara ini, membolehkan mereka ini secara tidak langsung membawa masuk kaum keluarga mereka yang lain. Hal ini dipermudahkan lagi jika pendatang Indonesia tersebut mempunyai sanak saudara yang terdiri daripada rakyat tempatan. Konsep ini boleh dipanggil sebagai migrasi berangkai.
Persamaan cara hidup di kalangan rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia, salah satu faktor yang dikenal pasti mengapa pendatang Indonesia lebih tertarik datang ke negara ini. Dari segi budaya, penduduk yang berbilang kaum, bahasa, makanan, dan kebebasan beragama merupakan antara ciri-ciri yang mempunyai persamaan yang erat antara penduduk kedua-dua negara. Keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat dapat mengelakkan daripada timbulnya konflik yang besar.
Persamaan bahasa yang ada memudahkan golongan pendatang ini berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Keadaan ini membolehkan mereka berada di negara sendiri. Golongan pendatang Indonesia ini juga mudah tinggal di negara Malaysia disebabkan warga besar mereka yang datang adalah beragama Islam. Contohnya penduduk Indonesia dari etnik jawa akan mudah berinteraksi dengan etnik jawa di Malaysia dan memudahkan mereka untuk berasimilasi tanpa ada sebarang masalah. Hal inilah manjadi pendorong yang kuat untuk merekan bermigrasi dari negara mereka ke Malaysia.
Faktor persamaan agama juga memainkan peranan yang agak besar menjadi daya penarik kedatangan golongan ini. Atas dasar saudara di dalam Islam maka sedikit sebanyak kehadiran golongan ini dapat diterima oleh masyarakat tempatan khususnya di kalangan masyarakat melayu. Kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia secara harmoni dan dihormati oleh semua kaum, menguatkan lagi tarikan untuk datang ke negara Malaysia.
• Faktor kestabilan politik
Kestabilan politik sesebuah negara memainkan peranan yang penting dan berkait rapat dengan ekonomi negara dan proses migrasi antarabangsa. Sebuah negara yang aman dan makmur secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya migrasi penduduk negara tersebut ke negara lain, sebaliknya menyebabkan penduduk negara lain berhijrah ke negara tersebut.
Dari segi kajian yang telah dibuat menunjukkan ketidakstabilan politik sesebuah negara menyebabkan peratus migrasi yang tinggi, ini dapat dilihat pada negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, Thailand dan lain-lain yang berhijrah ke Malaysia secara haram.(Rujuk Jadual 2).

Jadual 2: menunjukkan Tangkapan bagi kesalahan Imigresen 1995-1997.
WARGANEGARA 1995 1996 1997
Indonesia 33258 41766 25237
Bangladesh 13389 7380 5735
Thailand 3009 1680 4705
Filipina 6304 5300 938
Pakistan 1213 501 1493
* Lain-lain 6248 5491 7817
Jumlah 65823 64458 45925

Ketidak stabilan politik di negara asal imigran ini juga merupakan salah satu faktor utama yang boleh diambil kira. Ketidak stabilan politik akan menyebabkan persengketaan dan peperangan di dalam negara tersebut. Contohnya isu di Selatan Thailand telah menyebabkan penduduknya berasa tidak selamat tinggal di negara sendiri dan akhirnya bermigrasi ke negara yang mempunyai sistem politik yang stabil sebagai contoh Malaysia.
Upah Perbulan Upah Dalam Rupiah2003)

Negara Upah Per Bulan Upah Dalam Rupiah (2003)
Arab Saudi SR 600 1,269900
Kuwait Kd 40 1,132178
Abu Dhabi D 900 2,074717
Qatar QR 550 1,279203
Malaysia RM 350 761600
Singapura Sin$ 250 1,239750
Hong Kong HK$ 3.670 3,930570
Taiwam NT 1500 3,735000


Kesan-Kesan Migrasi

Antara kesan positif yang boleh diperolehi ialah menggalakkan pelabur asing melabur kerana migrant asing yang bekerja adalah tenaga upah yang murah dan mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk membangun dalam masa yang singkat.

Selain itu, mempengaruhi penduduk tempatan untuk bekerja. kehadiran migrant asing menggugat kedudukan mereka. ini menyebabkan penduduk tempatan berfikir dan wujud kesedaran tentang pekerjaan yang diburu oleh migrant tersebut. Secara tidak langsung dapat menarik penduduk tidak terlalu memilih pekerjaan yang boleh menyebabkan pengangguran. Bidang yang kurang diminati juga diceburi kerana merasa tercabar dengan kehadiran migran asing yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan harus dipenuhi oleh penduduk tempatan terlebih dahulu.

Migrasi asing berkait rapat dengan pekerja asing. Bagi melihat gambaran mengenai migrasi asing boleh dilihat melalui perkembangan pekerja asing dalam sesebuah Negara. proses kemasukan migran asing menyebabkan berlakunya pertambahan bilangan penduduk . Keadaan yang tidak terkawal membawa kepada masalah yang lebih serius. Misalnya di Malaysia pada tahun 2007, dimana pekerja asing yang ada telah melebihi masyarakat India di Malaysia. Berdasarkan data kualitatif yang telah dikeluarkan daripada Jabatan Imigresen dan Bahagian Perangkaan Demografi Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan pernyataan jumlah pekerja asing di Malaysia adalah seramai 1.91 juta orang manakala masyarakat India di Malaysia adalah seramai 1.88 juta orang. Jumlah pekerja asing yang melebihi bilangan berbanding masyarakat India(Malaysia) secara tidak langsung telah menggugat kependudukan masyarakat India(Malaysia) sebagai warganegara Malaysia. Kemasukan migran asing ke Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2001, bilangan pekerja asing hanya 850000 orang kemudian meningkat kepada 1068000 orang( tahun 2002), 1337000 orang (tahun 2003), 1470000 orang (tahun 2004), 1885000 orang (tahun 2005), 1869000 orang (tahun 2006) dan seterusnya meningkat kepada 2045000 orang (tahun 2007) (Jabatan Imegresen Malaysia, tahun 2001-2007).

Imigran asing di Malaysia juga telah memberi impak yang besar dalam peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan yang ada di Malaysia dimonopoli oleh imigran asing. Ramai warga Malaysia menganggur berikutan majikan yang lebih mementingkan diri berbanding dengan kesannya pada warga Malaysia yang kehilangan pekerjaan terutamanya dalam sektor perkhidmatan. peluang dua juta orang terutama wanita (Malaysia) telah tersekat disebabkan keghairahan majikan mengambil pekerja asing (www.malaysianbar.org, 2007). Majikan lebih memilih pekerja asing kerana gaji atau upahnya yang lebih murah jika dibandingkan dengan pekerja tempatan. kemasukan pekerja asing ke Malaysia sehingga 1600 orang setiap hari adalah kerana peraturan Imegresen dan dasar pengambilan pekerja yang amat longgar.

Seterusnya, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Senator Zainal Rampak pernah mengatakan jika trend mengambil migran asing sebagai pekerja secara berterusan, maka hamper 280000 lulusan sekolah setiap tahun dan kira-kira 50000 orang yang lulus dari Institusi Pengajian Tinggi akan mengalami pengangguran.

Tambahan, berlaku pengaliran keluar mata wang. Kemasukan migrant asing bermakna membawa kepada pengaliran keluar wang dari Malaysia ke luar negara. Ini kerana setiap kali mereka pulang ke negara asal akan membawa mata wang Malaysia ke negara mereka. semakin banyak pengaliran keluar wang tersebut boleh menjejaskan ekonomi negara. bukan sahaja berlaku pengaliran keluar malahan mereka membawa pulang bersama kemahira-kemahiran yang dipelajari. Kegagalan penduduk tempatan untuk melibatkan dari dalam sektor pembinaan adalah satu kerugian yang besar terhadap pembinaan dan pembangunan Malaysia. Ini kerana pekerja-pekerja mahir gagal untuk menyalurkan kemahiran-kemahiran yang dimiliki kepada pekerja tempatan sebaliknya dimonopoli oleh pekerja asing.

Peningkatan kadar pencemaran disebabkan petambahan penduduk setempat. Imigran yang datang bermigrasi kebiasaanya akan disediakan rumah dan pekerjaan oleh majikan yang mengambil mereka. Contohnya di Malaysia. Namun bagi imigran yang masuk secara haram, mereka akan membina kawasan setinggan. Kawasan stinggan yang didirikan pastinya akan menyebabkan pelbagai masalah alam sekitar terutamanya pembuangan sampah dan najis yang tidak teratur. Hal ini akan menyebabkan mudah merebaknya pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan kekotoran seperti taun dan sebagainya. Contohya di Kuala Lumpur sahaja mempunyai 12100 setinggan milik migran Indonesia.

Kedatangan migran asing ke Malaysia contohnya turut memberi impak yang negatif dalam aspek sosial. Kedatangan mereka menjadi salah satu faktor peningkatan masalah sosial seperti rompakan, pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya. Sebagi contoh kes pergaduhan yang berlaku 30 Januari 2004 apabila seramai 271 migran Vietnam dan Bangladesh bergaduh di pangsapuri Sungai Nibong, Georgetown. Hal ini berkenaan dengan salah faham berkenaan cuti Tahun Baharu Cina yang menyebabkan kecerderaan dan seorang cedera parah (Badarudin Mat Zakaria, 2004). Selain itu satu lagi kes ialah seorang pelajar Kolej Tengku Abdul Rahman cuba dirogol dan dibunuh oleh seorang warga asing di kolej tersebut. Peristiwa ini berlaku pada 26 April 2007 dan disiarkan dalam akbar Nan Yang Siang Pau.


Statistik jenayah melibatkan warja asing sepanjang lima bulan pertama
tahun 2004
Jenis Kes Jenayah Bilangan Kes Jumlah
Jenayah Harta benda Pecah rumah siang haru 2,706 kes 56,097 kes
Pecah rumah malam hai 7681 kes
Curi lori 2077
Curi kereta 3580
Curi motosikal 21086
Ragut 5517
Lain-lain 13449
Jenyah Keras Membunuh 246 9639
Cubaan membunuh 44
Samun berkumpulan senjata api 22
Samun berkumpulan tanpa senjata api 5853
Rogol 748
Mendatangkan kecederaan 1803
Lain-lain 923













Sember: pernjara lokap bagaikan hotel kepada warga asing (2004, Jun 22).
Berita harian, p.5

Kedatangan dan jenayah yang tinggi yang dilakukan oleh migran asing sini boleh menyebabkan suasana yang tidak tenteram dalam kalangan masyarakat setempat. Hal ini juga akan menyebabkan kestabilan negara akan terjejas selain menggugat keselamatan negara


Migrasi asing menyebabkan kesan sosioekonomi kepada penduduk. Kepadatan penduduk semakin bertambah akibat daripada pemusatan penduduk di pusat pertumbuhan baru. Misalnya melalui perpindahan ke kampung tersusun atau ke bandar kecil. Selain itu, kampung-kampung tradisional disusun semula dengan menggalakkan penduduk kampung berpindah atau dipindahkan ke kawasan sekitar pusat pertumbuhan. Perpindahan dan penyusunan semula petempatan menyebabkan pertambahan dan penumpuan penduduk berlaku. Ini ditambah lagi dengan peningkatan imigran melalui migrasi asing menyebabkan kepadatan penduduk sesuatu kawasan menjadi semakin bertambah.


Pada tahun 1990, kadar kemiskinan bukan warganegara Malaysia pada bilangan isirumah miskin ialah 7.3%. Ini diikuti dengan 12.6% pada tahun 1995, dan 17.5% pada tahun 1997. Walaubagaimana pun, pada tahun 1999, kadar kemiskinan bukan warganegara pada bilangan isirumah miskin keseluruhan turun kepada 14.2%. Kadar kemiskinan dikalangan kumpulan bukan warganegara menyaksikan penurunan yang ketara iaitu 35.1% pada tahun 1990 kepada 18.5% pada tahun 1995 dan diikuti dengan 13.4% pada tahun 1997. Namun begitu, kadar kemiskinan di kalangan kumpulan bukan warganegara naik kepada 16.0% pada tahun 1999.Kadar kemiskinan golongan termiskin (yang dianggarkan berasaskan kurang atau sama dari separuh pendapatan garis kemiskinan) pada bilangan isirumah golongan termiskin keseluruhan ialah 4.2% pada tahun 1990, naik kepada 6.0% pada tahun 1995, diikuti 7.6% pada 1997 dan naik lagi kepada 9.9% pada tahun 1999. Ini menunjukkan bahawa pekerja asing telah semakin bertambah menjadi sebahagian daripada penyumbang kemiskinan di Malaysia. Di dalam Rancangan Malaysia ke-8, kerajaan hanya memfokuskan kepada strategi untuk membasmi kemiskinan dikalangan warganegara Malaysia sahaja, tidak kepada bukan warganegara.

Kemiskinan. Keadaan semakin teruk apabila bergabung dengan migrasi dalaman dan migrasi asing. Pembandaran yang pesat menarik ramai penduduk desa berhijrah ke bandar. Didapati bahawa sebahagian besar kemiskinan berpunca daripada pengangguran dan punca pendapatan yang rendah. Hal ini kerana, penduduk desa yang berhijrah kebanyakannya tidak bersedia dengan corak sistem ekonomi dan sosial di bandar. Mereka tidak berpendidikan tinggi, kurang pengalaman dan tidak pula mempunyai kemahiran yang cukup hingga menyebabkan pengangguran atau guna tenaga tak penuh dan seterusnya kemiskinan. Walau bagaimanapun, keadaan kemiskinan di bandar tidak hanya melibatkan penduduk yang berpindah dari desa. Daripada kajian yang dijalankan pada 2002, terdapat 7 600 isirumah yang diklasifikasikan sebagai kemiskinan tegar berada di bandar. Kemiskinan menyebabkan mereka terpaksa mendiami rumah-rumah murah di kawasan setinggan.

Begitu juga dengan perkembangan ekonomi moden seperti pembuatan, perdagangan, perkhidmatan dan lain-lain menyediakan banyak peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan di samping pelbagai insentif yang menarik yang disediakan seperti kemudahan rawatan percuma, kemudahan tempat tinggal, kemudahan pengangkutan dan lain-lain yang akhirnya mendorong penduduk desa berpindah ke bandar terutamanya golongan muda. Adanya jaringan dan sistem pengangkutan yang baik yang meningkatkan ketersampaian, mudah dan cepat sampai dan seterusnya memangkinkan lagi pergerakan tersebut.

Tambahan, berlaku kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan dan penduduk antara migran dalaman dan migrasi asing di bandar menyebabkan darjah ketersampaian menjadi rendah dan pergerakan penduduk bandar menjadi lambat. Keadaan ini merugikan masa, meningkatkan risiko kemalangan dan lain-lain. Kesesakan lalu lintas ini akan lebih ketara ketika pergerakan keluar masuk pekerja pada waktu pagi dan petang. Penduduk bandar tertumpu untuk tinggal di pinggir bandar tetapi masih bekerja di pusat bandar. Masalah kesesakan berlaku di jalan-jalan masuk ke pusat bandar pada waktu pagi (pergi kerja) dan juga petang (pulang daripada kerja). Di Kuala Lumpur, jalan-jalan menuju ke pusat bandar biasanya adalah sesak pada waktu-waktu tersebut seperti di Jalan Kuching, Tol Sungai Besi, Jalan Ampang, Jalan Cheras dan lain-lain lagi.

Kesan migrasi asing yang teruk terhadap alam sekitar fizikal ialah kemerosotan kualiti alam sekitar. Kesan pulau haba bandar dan kenaikan suhu mikro. Peningkatan suhu setempat di kawasan terbuka berpunca daripada sifat permukaan bandar yang berturap yang menyerap bahangan matahari dan memerangkap bahangan bumi, pembakaran bahan api fosil, kesan rumah hijau serta tenaga haba yang dibebaskan oleh metabolisme manusia di bandar.

Kesan hakisan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap yang berpunca daripada eksploitasi terhadap tanah-tanah bandar secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk seperti aktiviti peneresan, pemotongan dan perataan bukit untuk dijadikan pelbagai tapak bina. Proses hakisan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan tanah tandus di kawasan tarahan lereng bukit yang tidak diurus.

Banjir dan banjir kilat. akibat pembangunan bandar yang terlampau pesat seperti penerokaan kawasan tadahan air dan penimbusan paya serta tasik (wet land) untuk dibina kawasan perumahan, kadar penurapan muka bumi yang keterlaluan serta perubahan terhadap sistem saliran semula jadi. Pembersihan kawasan bertumbuh-tumbuhan dan pertambahan kawasan berturap di bandar atau desa dan pinggir bandar meningkatkan isi padu luahan dan kadar larian air. Longkang dan anak sungai tidak mampu menampung isi padu air yang banyak ketika hujan lebat dan melimpah menyebabkan banjir kilat.

Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan rantaian makanan akibat penerokaan hutan dan kawasan baru. Aktiviti-aktiviti pembangunan menyebabkan berlakunya kepupusan sumber semula jadi. Sesetengah spesies flora dan fauna pupus kerana pembangunan tanah untuk petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain. Strategi pembangunan wilayah misalnya telah menukarkan beribu-ribu hektar hutan semula jadi menjadi tanah pertanian. Daripada 447 578 hektar tanah ladang yang dibangunkan oleh FELDA, 319 684 hektar untuk penanaman kelapa sawit, 123 997 hektar penanaman getah dan 4 663 hektar penanaman tebu.

Pencemaran udara. Peningkatan kadar pencemaran udara dan fenomena jerebu akibat pertambahan bilangan industri dan kenderaan. Kadar karbon monoksida di dalam udara bandar semakin tinggi, di tambah oleh asap, debu dan partikel-partikel lain boleh mengancam kesihatan manusia. Pertambahan kawasan pelupusan sampah yang sejajar dengan pertambahan penduduk juga turut mencemarkan udara akibat pembakaran sampah terbuka. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laporan tahunan 2000 menunjukkan kenderaan di negara ini menyumbang lebih 75 peratus bahan pencemar kepada persekitaran. Antara bahan pencemar itu ialah karbon monoksida, hidrokarbon, nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan habuk.

Pencemaran air. Pembuangan bahan sisa seperti raksa dan plumbum tanpa kawalan rapi, telah mencemarkan kualiti air kawasan sekitarnya. Peningkatan kadar pencemaran air meliputi pencemaran sungai, tasik, air hujan, air bawah tanah dan lain-lain yang berpunca daripada sisa domestik, sisa perkilangan yang menjejaskan ekosistem akuatik. Laporan kualiti kehidupan rakyat Malaysia 1999 pula mendapati kualiti air menurun daripada 55.8 peratus pada 1985 kepada 27.5 peratus pada 1998, selari dengan penurunan peratusan sungai yang bersih.

Selain itu, pencemaran tanih turut berlaku akibat penggunaan racun makhluk perosak. Pemodenan sektor pertanian telah mempertingkatkan penggunaan bahan kimia. Penggunaan racun makhluk perosak dan baja kimia sangat berleluasa dan tidak dikawal dengan sempurna. Akibatnya racun makhluk perosak bukan hanya mencemari tanah, tetapi juga badan air, sistem saliran, dan rantaian makanan yang membahayakan kerana akibat tumpuan racun tersebut memakan masa yang lama untuk dikesan.

Pencemaran bau dan bunyi. Peningkatan kadar pencemaran bau dan bunyi. Pencemaran bau datangnya dari kawasan pelupusan sampah yang semakin bertambah dan pencemaran bunyi dari sumber kenderaan serta perkilangan. Guna tanah yang bersaingan dan tidak sepadan terutamanya bagi tempat kediaman dan tujuan komersial, jalan raya dan pembangunan industri di bandar raya, bandar dan pusat pertumbuhan, pergantungan pekerja kepada pengangkutan persendirian berbanding pengangkutan awam telah menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap suasana persekitaran yang tercemar oleh bunyi bising.

Pencemaran sampah sarap. Sampah sarap dianggap pencemar sekiranya bahan itu terdapat di kawasan ramai penduduk tertumpu. Oleh itu pencemaran sampah sarap lebih merupakan masalah yang terdapat di bandar. Kemajuan ekonomi perkilangan dan kepadatan penduduk yang tinggi di sesebuah kawasan berupaya menghasilkan banyak sampah sarap. Rakyat Malaysia kini menghasilkan 16,000 sampah setiap hari atau purata penghasilan sampah ialah 0.8 kg sehari seorang dan di Lembah Klang sahaja penghasilan sampah ialah 1.5 kg sehari.

Pencemaran sisa toksik dan berbahaya. Bahan toksik dan berbahaya ini banyak dihasilkan oleh kilang pembuatan dan kejuruteraan. Bahan-bahan tersebut disimpan dalam lingkungan kawasan industri setakat yang mereka mampu. Sesetengah kilang menggunakan khidmat kontraktor persendirian untuk mengangkut bahan tersebut dan membuangkannya di tempat pembuangan sampah sarap atau pun di mana sahaja mereka rasakan sesuai. Ini bermakna sesetengah bahan toksik akan dibuang bukan sahaja di tempat pelupusan sampah sarap, tetapi juga di pinggir jalan raya, badan air dan tanah terbiar.

Langkah-Langkah Mengatasi Migran Asing

I. Sistem Kuota\

Langkah yang diambil adalah mengenakan sistem kuota ambilan pekerja asing. pihak kementerian perlu membincangkan keperluan tenaga kerja asing bersama majikan-majikan bagi mengenal pasti semua keperluan tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor. Kerajaan perlu menetapkan kuota bagi sektor-sektor kritikal terutamanya industri dan pembinaan. Kerajaan perlu member perhatian dan membincangkan tentang tangga gaji minimum juga perlu supaya dapat menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam sesuatu sektor.

II. Operasi Pembersihan

Usaha menghantar pulang migran asing secara haram (PATI) perlu berterusan dan dijalankan secara terancang dan teratur. tindakan tersebut perlu dijalankan secara giat seperti memberi tempoh pengampunan kepada migran yang tidak mempunyai dokumen masuk secara sah pulang ke negara asal.

III. Penguatkuasaan Undang-Undang

beberapa agensi kerajaan mempertingkatkan tahap kecekapan dalam menjalankan tugas seperti kawalan yang ketat dan peraturan yang ada dipatuhi oleh migrant asing. Jika mereka melanggar sebarang undang-undang yang telah ditetap kepada migran tersebut akan dikenakan tindakan yang tegas. Kawalan pintu sempadan juga dikawal dengan ketat bagi memastikan migran tidak dapat menceroboh masuk secara haram. contoh, pencerobohsn melalui persisir pantai. Migran yang ada di Malaysia juga perlu dikawal selia untuk memastikan tempoh permit yang dimiliki mereka masih sah dan belum tamat tempohnya.

Kesimpulan

Daripada awal hingga akhir dapat disimpulkan bahawa migrasi asing adalah perkara yang telah lama berlaku. Imigrasi asing yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor menarik dan faktor menolak. Faktor tersebut menjadi penyumbaang kepada kemasukan migran asing.Walau bagaimanapun, migrantasing itu tidak dibiarkan berlaku secara berterusan dan tidak terkawal dimana beberapa langkah yang dianggap sesuai telah dilakukan. Adanya langkah-langkah seperti ini dapat mengawal masalah migrant yang semakin serius. Ianya sangat penting dalam memastikan ekonomi negara stabil dan semakin berkembang maju selaras dengan kehendak kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020.

















Bibliografi

Dwyer, D.J. (1987) New population policies in Malaysia and Singapore, Geography,
72: 248-249.
16
International Edition (1999) Human Geography Landscapes of Human Activities: Wcb McGraw-Hill
Hugo, G. (1993) Indonesian Labour Migration to Malaysia: Trends and Policy
Implications, Southeast Asian Journal of Social Scienece, 21(1):36-70.
Jabatan Perangkaan Malaysia (1972) Perangkaan Penting Malaysia Barat 1970, Kuala
Lumpur.
------------------------------- (1983) Laporan Am Banci Penduduk, Jilid 1, Kuala Lumpur.
------------------------------------- (2001) Siri Masa Perangkaan Penting Malaysia,
1963-1998, Kuala Lumpur.
--------------------------------------(2003) Perangkaan Penting Malaysia 2003, Kuala
Lumpur.
-------------------------------------- (2005) Laporan Am Banci Penduduk dan
Perumahan, Kuala Lumpur.
------------------------------------- (2005a) Bank Data Negeri/Daerah Malaysia 2005,
Kuala Lumpur.
Kuby,M (2004) Human Geography in Action: John Wiley & Son, Inc.
Kliot, N (1995) Global Migration and Ethnicity: Contemporary case-studies. Dalam
Geographies of Global Change, Johnston, R.J. et al. (Eds), Blackwell Publisher: 176-
190.
Knodel, J dan Devavalya, N. (1992) Sosial and Economic Support Systems for the
Elderly in Asia: An Introduction, Asia-Pacific Population Journal, 7(3): 5-12.
McCall, G. (1991) The Future of Migration in the Pacific and Asia, International
Migration Review, 25 (3): 620-624.
Peggy Teo (1992) Is Institutionalization the Answer for the Elderly? The Case of
Singapore, Asia-Pacific Population Journal, 7(1): 65-79.
Rystad, G. (1992) Immigration History and the Future of International Migration,
International Migration Review, 26(4): 1168-1199.
Weiner, M (1990) Immigration: perspectives from receiving countries, Third World
Quarterly, 12 (1): 140-165.
United Nations (1999) World Population Prospects The 1998 Revision, New York.
------------------- (2005) Report of the Global Commission on International Migration,
Population and Development Review, 31(4)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan